Time is like a river.. we can't touch the same water twice because the flow that has passed will never pass again... So, enjoy every moment of our LIFE...


Followers

Berpindah ke Blog Baru Since Januari 2011 (Just Click @ Picture)

Berpindah ke Blog Baru Since Januari 2011 (Just Click @ Picture)
Ayah..Mama..Aliyah..Aina..Aisya..

28 October 2008

Open House ker?

27hb Oktober 2008

Hari nie cuti Umum (Deepavali)

Semalam lepas makan2 kat Bagan Lalang sampai umah dalam kul 1.00pg.. terus tido.. rehatkan badan.. Hari nie nak kerah tenaga lagik. hehe..
Coz malam nie student hubby nak mai beraya umah.. gabra gak nie.. ghamai sgt nak dtg.. sempat ker den nak siapkan semua menu yang hubby list down kan.. ahaks.. jgn mare yg abang...

Menunya (tak sempat amik gambar..tak cukup tangan)

1. Nasi Impit n kuah kacang (yg nie special kakak aku masak)
2. Spageti
3. Sambal sotong
4. kuah lodeh
5. Puding cocktail berkuah (recepi khas mak mentua.. tu yg kena ada gak tu...
6. agar2 laici
7. buah tembikai
8. mee goreng (sponsored oleh mak mentua...)

Penuh umah sebabnya datang one shot. Student hubby jer almost 40 orang. pastu jemput ler jiran sebelah menyebelah.. tak sedap lah dh nampak ghamai2 kan.. ada la dalam 15 orang..

nie lah antara gambar yg sempat di snap!! thanks Rodie coz dtg malam tu tolong layan tetamu..




From Hari Raya 2008


Pesanan to Hubby... Next year order jer la ea... lotih la den..
Hehe...

Majlis Pertunangan Rodie

26hb Oktober 2008

Hari nie Rodi lak bertunang... Aku tolong sikit2 jer mana yg patut.. Kebanyakannya dah siap semalam... Sori sesangat.. Majlis start lepas Zuhur.. belah lelaki sampai lewat.. sampai terus makan dulu baru majlis bermula.. abis majlis dalam kul 4. terus sambung ngan open house.. hehe.. penat tak penat..
Habis org datang dalam kul 7. terus kemas2..

Rodie's pic...

From Hari Raya 2008
From Hari Raya 2008
From Hari Raya 2008
From Hari Raya 2008


Gambar hantaran dari belah pompuan..

From Hari Raya 2008


Hantaran Lelaki

From Hari Raya 2008


Tengah sarung cincin...

From Hari Raya 2008


Aku lepas maghrib bersiap2 gi ke Bagan Lalang lak. Gilo apo? tapi sebabkan kakak aku nak belanja makan.. laju jer la kami adik beradik.. Dia belanja makan sempena naik pangkat.. Rezeki ko kak..

Hujung Minggu yang Meletihkan...

23-24hb Oktober

Aku MC coz sakit mata... tp sempat lagik ke SOGO Jumaat tu gi shopping barang baby.. Maklumlah, barang2 dulu banyak dah bagi pd kakak... so, mana yg boleh guna aku guna, mana yg dah tak patut nak guna lagik aku belilah baru...

From Hari Raya 2008


Rasa excited gak masa shopping sebab dah more than 4 years... hehe... hubby pun beria bebenor.. so, nie antara hasilnya..campur2 yg lama ngan yg baru...


25hb Oktober

23hb Malam ayah hantar sms suruh balik coz ada Majlis Aqiqah for my new brother (Mohd Amir Rashidi).. Aku terkejut ada, marah pun ada.. bukan apa... Aku rasa dah lama semua org tau yg tis week adik Hubby (Rodie nak bertunang)!! even adik aku nak kawin tarikh nie pun tak jadik.. dah awalkan awal Oktober ari tu.. nie tetiba mana datang idea ntah nak buat cukur jambul Sabtu nie..

Kalau ikut hati aku malas nak balik. ye lah, segan la pulak takder yg tolong kat umah Hubby.. aku decide biar aku balik banting n hubby balik cheras.. Tapi Hubby n family sgt2 memahami.. Untuk tak menjadikan aku anak yang tak dengar cakap org tua, makanya aku pun baliklah jugak. Hubby pun ikut.. Cian dia tersepit..

Oleh kerana terlalu sibuk plus makan hati ngan `makcik' (siap aku bagi smash sekali!!) aku sepanjang majlis tu... maka takder la gambar2 yg sempat aku rakam.. kira leh istilahkan aku n adik beradik lain jadi `bibik' la ari tu.. hehe...

Habis jer kenduri petang tu terus aku bertolak balik ke Bangi.. Kakak aku pun kesian penat, coz malam tu dia ada BBQ ngan kengkawan opis kat umah Banting... kesimpulannya.. semua org letih ngan karenah si `DIA'. Patutnya nak gi umah Cheras malam tu tapi aku dah tak larat sangat2.. Pinggang macam nak patah!!! Semua tergolek pengsan malam tu

21 October 2008

Makan-makan @ Secret Recipe

20 Oktober 2008

Hari nie dah gaji.. so, aku ajak sumi, jun n k.zura makan kat luar.. lepas dah pk2 last2 kitaorg decide makan kat secret recipe...

From Hari Raya 2008
From Hari Raya 2008


Aku makan nie ... Chicken curry Puff ngan Ice Blend Capucino...

From Hari Raya 2008


Nie are Jun n Sumi -- spagethi

From Hari Raya 2008


Yang nie lak Kak Zura...

From Hari Raya 2008


nyum2... sedapnya bila makan macam nie sekali sekala kan..

17 October 2008

16 Oktober 2008 - Hari ini dalam Sejarah...

Dulu2 selalu ada kat tv kan.. rancangan `Hari ini Dalam Sejarah'.. Dia dok citer la apa peristiwa yg pernah berlaku pd tarikh2 tertentu..

So, untuk 16 Oktober nie aku pun ada benda nak citer... kalau kak mask ari nie bermakna pada dirinya sebab besday abg Jask tapi aku.....

Pertamanya... 7 tahun yang lepas, pada tarikh ini (16 oktober 2001) aku mula bertugas di MQA (dahulunya LAN).. nyeh..nyeh.. melapor diri untuk bertugas dengan teman seangkatan yang lain ...Saman, June, Alin, Nuds, Nilam, Mek Ja dan Elly..
Dah lama aku kat sini ghupenya... dan banyak sungguh kenangan dan pengalaman yg aku dpt..

Dan keduanya, semalam petang (16 Oktober 2008) aku mendapat seorang lagi adik lelaki.. yer.. adik.. Alhamdulillah makcik Lina (isteri ayah) selamat melahirkan baby boy kat Hospital Klang.. tapi secara pembedahan coz baby nya songsang..

Mulanya macam terkejut n malu bila tau nak dapat lagik adik di usia aku yg mencecah 31 tahun.. tapi aku sedar aku tak boleh menolak takdir yang ditetapkan oleh-Nya.. Bak kata mak mertuaku.."Semuanya nie ada hikmah.. ini kuasa Allah. Diberikan rezeki anak pada ayah ngan Cik Lina sedangkan ada ramai lagi yang mengharap masih belum dikurniakan anak lagi"... betul kata mama..

Alhamdulillah semuanya selamat dan insya-Allah anak ku yg ke-3 nanti akan lahir Disember dan sebaya dengan pakciknya... t bila dah amik gambar dan dh ada nama aku update kat sini..

16 October 2008

"Kita Hanya Manusia Biasa"



Kepada yang masih SINGLE...

Cinta ibarat kupu-kupu.
Makin kau kejar, makin ia menghindar.
Tapi, bila kaubiarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga.

Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti,
Tapi cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan cinta kepada seseorang yang layak menerima.


Kepada yang ragu-ragu dengan PERNIKAHAN...

Cinta bukannya mencari seseorang yang "SEMPURNA",
tetapi menemukan seseorang yang mampu menjadikan dirimu sempurna.

Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL...

Jangan katakan "AKU CINTA PADAMU!" bila kau tidak benar-benar peduli.
Jangan bicarakan soal perasaan bila itu tidak benar- benar ada.
Jangan kau sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat main- main dengannya..

): kadang-kadang kita tak sedar ...
orang yang kita tak peduli betul-betul sayangkan kita...

kadang-kadang kita tak sedar,
kita terlampau sayangkan orang,sedangkan dia selalu sakitkan hati kita...

kadang- kadang kita tak sedar,
kita bukannya sempurna untuk menempatkan orang yang sangat-sangat sempurna dalam hidup kita. ..

Dan kita bukanlah sape2
untuk buat orang menyayangi kita mcm kita menyayangi dia sebab...
kita hanyalah manusia biasa...

Wallahua'lam.
Jamuan Hari Raya MQA

Hari Selasa lepas MQA buat Jamuan Hari Raya kat Hotel Singgahsana.. tapi hanya untuk staf jer.. takde dah mcm dulu2 jemput Panel penilai n IPT.. Boring la sekarang nie.. tapi aku tak pi pun sebabnya aku officer on duty.. banyak call plus malas nak gi. Aku n sumi pi lunch kat Restoran Abadi jer.. hehe..

Roadshow MQA

Petangnya lak ada dibuat Roadshow MQA (internal)kat Singgahsana Hotel gak.. yang nie aku gi la kan.. hehe.. benda baru! kang tak tau pe2 lak. start kul 2 - 6.30 petang.. huhu.. Balik lewat ler gamaknya, so hubby kena amik anak2. sampai umah dah kat kul 8.00 malam. lepas solat terus ajak hubby kuar makan. Lapar giler.. Masak? ho..ho.. tak larat dah la den!! Perut mmg lapar giler.. dah pedih ulu hati. tapi hubby pusing2 dulu tgk kedai basikal la kedai tu la kedai nie la.. sudahnya kul 9 lebih gak baru dapat masuk makanan dlm perut nie.

hasilnya.. aku senak ulu hati n tak leh nak nafas.. dah sampai umah macam kena semput. aku takder asma tapi teruk sgt dah rasanya nie. hubby ajak g klinik tapi malas nak kuar balik.. so, aku tahan jer sapu vicks..

Bengkel Gubal Soalan PTK

esok nie aku nak kena pi bengkel lak kat PD.. niat hati nak bwk budak2 tu.. tetiba hubby kena gi Melaka lak pd masa yg sama.. so, terkubur jer la niat murni nie.. hehe.. aliya n aina dh mengamuk sebab lama tak berjalan. Duk umah nenek la yer sayang...

Aku terus inform Bhgn Latihan mintak sharing ngan sesapa coz takut la pulak tetiba kena semput lagik! dah ler sesorang. So, depa bg aku sebilik ngan Chek (hehe..ibu mengandung gak).. Nak gi ni pun aku malas nak drive. naik coaster MQA jer.. senang!!
boleh relax2..

15 October 2008

Perkahwinan Adikku (Erin n Ana)

11 Oktober 2008

10 Oktober 2008 adikku Mohd Norsyam (panggilan manja `Erin) berkahwin dengan gadis pilihannya... Ana.. dulu awek dia lain then putus.. masa putus tu macam2 la.. tak dpt nak lupakan lah, itulah..ini lah.. akhirnya tengok!! kawin gak ko ea..

Adik aku bersama barang hantarannya... nie tengah bersiap nak gi majlis berinai kat umah pompuan..

From Hari Raya 2008


From Hari Raya 2008


From Hari Raya 2008
From Hari Raya 2008



Hantaran dari pihak kami (lelaki)..

From Hari Raya 2008

From Hari Raya 2008


Nie lak adik aku yang ke-3 (Boy).. wife dia tak ikut. keje...

From Hari Raya 2008


Bergambar dgn pengantin..

From Hari Raya 2008


From Hari Raya 2008


Adik ke-4 (Epin) ngan wife

From Hari Raya 2008


Adik pompuan ku n Pakwenya (Mi)

From Hari Raya 2008


Kakak n Boy

From Hari Raya 2008


Hari Bersanding

Hari nie asik ujan jer.. maka berarak ler kami dengan payung.. dah la semuanya diserang cirit birit.. tak tau salah makan pe...

From Hari Raya 2008
From Hari Raya 2008
From Hari Raya 2008


From Hari Raya 2008


Apa pun.. Erin n Ana.."Selamat Pengantin Baru".. semoga kekal bahagia dan bijak mengharungi alam rumah tangga...

From Hari Raya 2008


From Hari Raya 2008

Hari Raya Aidilfitri 2008

Hari raya jatuh pada hari Rabu (1 Oktober 2008).. hari nie jugak besday adik aku yang ke 4 (Epin).. hehe nama Manja.. nama betui Amir Falah. Heppi Besday.. no celebration coz dia beraya kg wife dia kat Kelate nun jauh di sana..

Persiapan mengemas untuk Hari Raya sebenarnya menggugat hari2 terakhir puasa.. hehe.. tapi alhamdulillah dapat menghabiskan puasa.. aku ponteng 1 hari. sebab kena gastrik.. itu pun dah kul 3.30 petang. dah tergolek2..hubby suruh bukak posa gak. kalau tak dia nak bwk g klinik cucuk punggung.. tak mau!!

Hari Raya Pertama

So, hari Raya pertama di Banting... lepas solat Hari Raya, semuanya berkumpul bermaafan. Lepas alas perut terus ke kubur arwah mak.. cuaca gerimis ari nie.. Bila tengok kubur mak.. sayu hati aku.. dah lama aku tak ke sini.. Tapi mak tetap di hati..

Balik dari ziarah kubur baru ler pakai baju ghaye... apa lagik.. posing la semuanya..

Aku n Family

From Hari Raya 2008
From Hari Raya 2008


From Hari Raya 2008


Kakakku dan anak-anaknya (Zeeshan n Zakwan)... Hubby nya takder.. balik ghaye kat Pakistan..

From Hari Raya 2008


Aliya, Aina n Zeeshan..

From Hari Raya 2008


Ayah n Makcik bergambar dengan cucu-cucunya..

From Hari Raya 2008


Baju pink tu adik bongsu (Imal) n Nisa (2nd last) kat sebelah kanannya..

From Hari Raya 2008



Lepas posing terus ke rumah Nenek (mak kepada arwah mak).. atuk n nenek belah ayah dah takder.. nie la nenek aku.. muda kan! Umurnya beza 3-4 tahun jer ngan ayah aku.. Nenek jarang nak datang umah kitaorag, sebab bila datang mesti dia nangis teringatkan anak sulungnya (mak aku) yg dah takder......

From Hari Raya 2008


Hari nie dapat raya berapa umah jer, sebabnya anak kakak aku muntah. abis baju ghaye kakakku... Biasak la bila dh sampai umah, malas ler nak keluar balik..

Hari raya ke-2

Beraya rumah sedara mara ....
nie kat rumah adik mak aku yang buat bahulu n kerepek sebelah umah jer.. )Aliya n Aina bergambar dgn sepupu2nya...

From Hari Raya 2008


Hari raya ke-3

Patutnya mak mertua n adik ipar nak mai ghaye semalam.. tapi tak jadik .. so, semuanya sampai la hari nie.. awal gak sampai sebab hari Jumaat la katakan.. kelam kabut gak la den ngan kakak.. target diaorang sampai kul 12.. tengok2 kul 10 dah sampai.. hehe.. apa pun dapat jugak la dihidangkan nasi tomato... tabik spring ngan kakak.. nyeh..nyeh..

Aliya n AIna dgn Cu n Nenek Cheras

From Hari Raya 2008


From Hari Raya 2008


Lepas Jumaat aku n family gerak balik ke Bangi... kemas2 barang malam tu gi beraya kat umah Mak mentua di Cheras n umah adik Ipar kat Kajang... Besok baru beraya kat Hulu langat lak...

Hari Raya ke-4

Aliya bergambar ngan makcik2nya di Langat.. kecik aje makciknya...hehe..

From Hari Raya 2008
From Hari Raya 2008
From Hari Raya 2008


Malam tu tido kat umah Cheras.. huhu letihnya badan...

Aina dan Paku Karat di Hari Raya ke-5

Hari nie plan nak beraya umah Pakcik Hubby kat Bangi.. tapi malam. sebab siang ramai org datang kat umah mak mentua.. tengah kita duk busy kat dapur rupanya ada insiden kat luar rumah... Aina dah melalak.
Aina terpijak paku.. paku karat!! panjang lak tu.. banyak tul darah.. aku biasa ler kalau tgk darah mula haru biru... Hubby ngan Nas cepat2 bwk gi Klinik amik injection.. aku tak tenang benarnya kat umah.. aliya dah menangis kat bilik duk terkenangkan adiknya.. (kalau ada bergaduh.. bila macam nie baru nak sedih!!)

Zu bawak aku gi klinik.. sampai sana hubby dah settle. tgh nak byr bil jer.. aina dh ok tak nangis.. alhamdulillah..
Tapi aina nie kuat sikit.. tak lama ragam nya. kalau aliya?? mau 2-3 minggu dok merengek jer..

aksi nena lepas setengah jam insiden berlaku...

From Hari Raya 2008
From Hari Raya 2008
From Hari Raya 2008
Blog Widget by LinkWithin

My Weight Lose Journey Since 01.11.2009

Created by MyFitnessPal - Nutrition Facts For Foods

SNTN Progress...

Created by MyFitnessPal - Free Calorie Counter