Time is like a river.. we can't touch the same water twice because the flow that has passed will never pass again... So, enjoy every moment of our LIFE...


Followers

Berpindah ke Blog Baru Since Januari 2011 (Just Click @ Picture)

Berpindah ke Blog Baru Since Januari 2011 (Just Click @ Picture)
Ayah..Mama..Aliyah..Aina..Aisya..

25 March 2009

Aisya.. Oh Aisya...







From Baby Aisya

24 March 2009

Aina Drawing

Aina pun suka melukis.. terikut-ikut kakaknya..
Nie hasilnya siap bewarna lagik... Pandai anak mama lukis kan..

Aliya Drawings

Bila dah busy, kekadang terlepas pandang tumbesaran anak2...Baru2 nie tengok buku drawing aliya.. hmm.. banyak improvement.. tak sia2 mama belikan kakak buku panduan melukis.. hehe...

teruskan usaha sayang.. tapi jangan la asik drawing sampai lupa baca buku k..
So, special for u my dear..mama abadikan lukisan mu di sini... ahaks



22 March 2009

Aktiviti Bersenggang Hujung Minggu....

Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur

Sekarang bila cuti sekolah sibuk plan nak ke mana.. hehe.. Plan asal nak g Aquaria KLCC.. Tapi bila memikirkan nanti crowded nagn manusia, nak pulak dengan adanya bb Aisya.. MAKA kami tukar la plan ke Taman Tasik Titiwangsa.. Aliya teringin sgt nak berkelah2 katanya!! hahaha..

So pagi Ahad tu beli jer makanan terus la masuk KL..




Tumbang lak pokok tu aina.. hehe..


Dah kenyang makan, baru la naik kuda.. Panas woo.. so aku lepak jer ngan aisya.. aina ngan aliya main kuda ngan hubby..





Aisya nak gambar jugak!!huhu..

19 March 2009

Cite pasal Breastfeed lak...

Tiba2 ari nie aku rasa nak cite pasal breastfeed nie..

walaupun aku dah ada 3 orang puteri.. tapi aku masih baru dalam hal2 bf nie.. Masa Aliya ngan Aina, dalam 2 bulan (masa pantang) jer aku bf kan diaorang... huhu... kenapa?
1. Aku yang dungu...
2. Aku yang tak pandai..
3. Aku yang tak belajar...

huhu... semuanya salah aku!! bukan salah anak2ku.. bukan salah diaorang suka menangis tak sabar, bukan anakku tak pandai bf..TAPI aku yang tak pandai bagi.. aku yang tak serius berusaha... aku yang takder keinginan berusaha..Aku yang senang mengalah masa tu.. cepat aje aku putus asa dan bagi susu formula..


Bila sampai masa Aisya, aku berkeinginan.... kebetulan satu hari Kak Hana tumpang kereta aku.. bercerita pasal anak2 hinggalah topik bf. Kak Hana bg pinjam buku dia.. Ditambah pulak tengok Kak Ceni pun sibuk mengepam susu di opis.. aku makin dihimpit rasa keinginan tu.. Awal2 aku persiapkan diri dgn ilmu berkaitan bf.. aku invest membeli pam susu.. Takut gak kalau2 tak terpakai.. tapi alhamdulillah setakat 3 bulan nie dia telah berjasa besar pada aku dan Aisya..


pada peringkat awal susu tak banyak.. Nak pulak kat hospital depa dah bagi susu formula kat Aisya.. alasannya bb besar (4.06kg).. ntahlah..wallahua'lam. aku mmg tak beli susu formula untuk Aisya.. sampai umah bb tak leh tido.. asik merengek.. terpaksa la beli susu gak.. dia dah terbiasa minum susu tu kat hospital gamaknya...TAPI dari sehari ke sehari aku kurangkan penyusuan susu formula pd Aisya.. aku bf on demand..


Masa pantang aku beli buku `Panduan Penyusuan Ibu' dari susuibu.com. Nak belajar camner nak kumpul bekalan susu seblm masuk keje.. Hubby pun bagi sokongan sepenuhnya.. Alhamdulillah sekarang aku berjaya bf kan dia tanpa susu formula lagik. kalau dulu pam sehari dpt 8oz jer.. sekarang lepas hubby belikan susu Alpha Lipid bertambah banyak.. 1 hari aku akan dapat 14oz.. Alhamdulillah..


bila aku rasa risau stok susu tak cukup aku cepat2 dptkan semangat balik dari kak Hana.. thnks sis..


** pernah 1 hari masa pantang aku menangis... aku mintak maaf pada Aliya ngan Aina sebab tak susukan diaorang masa kecik.... sedih sgt hati aku!! sampai sekarang dan sampai bila2 aku akan terus dihimpit rasa bersalah nie atas kebodohan aku sendiri... Maafkan mama sayang...

16 March 2009

Alhamdullillah...

Jumaat petang bila aku sampai kat CIC, Aina tengah berlari dan bermain dengan riang.. bukan main happy lagi.. Teacher As kata Aina ok jer sekolah .. cuma pagi tu malu2 ckit sebab ramai kawan baru.

Rasa macam jumpa Aina yg dulu.. Bila masuk kereta jer Aina terus cerita apa yang dia buat sepanjang hari kat sekolah.. Dari pagi sampai la kat petang.. detail.. dengan menu makan sekali. kalau tak, tanya makan apa kat sekolah pun dia jawab `Ntah!!'..
Alhamdulillah.. balik umah pun terus amik buku belajar membaca (jgn bodek sudah! hehe..) malam pulak nenek ngan Chu call tanya seronok tak school... semua orang risau kan aina..

Malam tadi dia dah kemas2 kan beg sekolah.. tanya dia cuti sekolah nak duduk umuah nenek ker nak school? dia kata nak school.. siap suruh aku amik dia petang sebab dia nak main2 dulu kat luar ngan kawan2.. hehe..

Hari Sabtu dah g sekolah lama dia, bgtau Aina tknak sekolah dah.. so hari nie cikgu suruh datang amik barang2 n buku2 Aina.. Petang nie nak g uruskan Aina nya yuran pendaftaran lak kat CIC.. Bila pikir2 memang la membazir duit ngan pendaftaran sekejap sana sekejap sini. nak pulak bulan nie jer kena bayar yuran bulanan untuk 2 sekolah jadinya.. TAPI.. anak2 selalunya sentiasa jadi keutamaan semua parents... betul tak??? he..he..

13 March 2009

Cerita Aina lagi... Trial @ CIC Bangi

Hari rabu lepas seperti yg aku rancang...aku g ke CiC Bangi. Jumpa dengan Teacher As. lepas discuss ngan Teac.As, dia setuju bagi Aina try @ CiC untuk 2 hari (khamis ngan Jumaat).. Alhamdulillah.. Bukannya apa, cikgu dah lain, kengkawan pun makin ramai.. takut dia taknak pulak nanti.

Tapi kita manusia hanya mampu merancang..dan Allah jua yg menentukan.. Malam tu adik ipar (Ayie) call. dia kata Aina taknak balik umah. nak duduk umah nenek jer.. huhu.. dah menangis sakan sampai atuknya pun nangis sama. tak sampai hati tgk cucu tembamnya menangis beria sgt. Huhu.. Aina..Aina... Aku nak cal balik pujuk, dah kena barred pulak. Huh!! Lepas dah topup, pujuk2 dia ok bila kata nak g CIC.. hehe.. TAPI (bnyk lak tapi n halangan)... Ayie lak dah otw gi umah aku hantar borang keje dia.. Hubby lak ada keje, n Aliya lak Demam PAnas tetiba (kena ujan). Menangis la Aina lagi.. sebab tak dapat balik.. pening2..

So, semalam dh g amik Ana. Ari ni Hubby dah hantar dia ke CiC pg tadi.. dari malam tadi tidornya tk berapa lena.. mungkin asik terfikirkan pengalaman baru yg nak ditempuh gamaknya...Pagi td pun kul 6.00 dah nak mandi. tak sabar nak pakai uniform lamanya.. Hehe..

Aina masa umur 3 tahun (baru masuk CiC)
From Aliya & Aina Puteri2ku


Hopefully she will happy n enjoy today..
Dah sms teacher.. so far ok katanya. Kita tgu n lihat sampai ptg lak!

11 March 2009

Alahai Anakku Aina Sufiyah...

hari Jumaat lepas balik dari sekolah Aina cakap..

"Mama, ari nie nena kena berdiri pegang telinga kuat2 sampai sakit-sakit tangan nena.."
"Kenapa?"
"Ntah.."
"Aina sorang ker semua kena buat?"
"Cikgu suruh semua"..

huhu... letihnya rasa telinga ni bila dengar cite dia kat sekolah.. Aku nak percaya ker tak? Tapi memang pernah nampak cikgu denda budak kat sekolah dia.. Nilam pun pernah dengar cikgu guna perkataan yg agak kasar dengan budak2 nie.. aku bagitau hubby. dari PD (outstation) dia terus call Cikgu and owner tadika tu. Hubby kata owner dia macam acuh tak acuh jer.. Yang cikgu pulak kata "budak2 degil..lagipun denda dalam 2 minit je..." huhu.. 2 minit pada kita yang dewasa nie memang la kejap je. tapi bagi budak2 5 - 6 tahun????
Memang macam nie ker pendekatan diaorang???

Kalau anak-anak aku nie 1st time gi tadika maybe aku leh accept lah alasan dan cara diaorang nie.. Masalahnya Aina nie dah since umur dia 3 yrs old dah g tadika. baru la nie dia buat perangai. argghhh..... kekadang tension dibuatnya. bila pagi nangis tak nak sekolah. Semalam ngan ari nie tak sekolah gi rumah neneknya. Dah berapa ari nie pun badan dia tak berapa sihat. kejap panas kejap ok.

Dah cal cikgu bgtau dia tak sihat.. yg bestnya cikgu dia nak MC dari Doktor.. huhu... perlu ker? kan baru tadika.. Kebetulan tak g klinik..just aku pun bg ubat demam yg memang ada kat umah.
Petang nie aku nak g singgah tadika lama aina (Children Islamic Centre).. nak tgk camne.. rasa macam nak test dulu dia kat situ. Ntah la... Oh Hati... Nape la rasa macam nie...


Adik (Aina) kalau tengah moody...

From Baby Aisya


Adik... mama nak adik ceria selalu k... Sayang dia!!

10 March 2009

`Abdullah Arsyad B. Nasruha' -- 12 Februari 2009

From Baby Aisya


Aliya, Aina n Aisya dapat cousin... Baby Arsyad.. Comey kan. macam anak jepun!! nasib la ikut kulit mummy nya... kalau ikut kulit daddy???? Ailya n Aina akan jadik orang paling gembira.. hehe... (tak baik tau kakak ngan adik nie..)

Tahniah ea Zue n Nas..

06 March 2009

Majlis Akikah & Cukur jambul Aisya

22 Februari 2009 (Ahad)

Untuk majlis akikah anak2 biasanya aku buat masa diaorang 1 bulan. tapi Aisya nie lewat sikit.. dah 2 bulan baru nk buat..hehe..

Masa Aliya dulu buat kat umah Banting. Then Aina buat kat umah mak mentua kat Cheras.. so bila time Aina nie aku buat la kat umah sendiri... biar adil dan tak mengecikkan hati mana2 pihak.. Oleh sebab aku ni kira baru lagik kat Bangi, so tak berapa tau le kat mana ada group marhaban pompuan. jadik import khas dari Cheras Perdana (group mak mentua).. jauh tu!!

From Baby Aisya
Group marhaban From CP3... alhamdulillah ramai dalam 30 orang..

From Baby Aisya

From Baby Aisya

From Baby Aisya
Masa nie tengah lagu berendoi... sebak lak bila hayati liriknya...

From Baby Aisya
Aisya tengah lena dalam buaian...
From Baby Aisya

Aku buat majlis tengahari. Kul 11.00 marhaban pompuan. then kul 1 ke atas baru jamuan makan. Aku jemput kawan tak ramai pun.. sebab hubby kata jgn ramai2. dia budget 100 orang jer.. huhu.. tapi dalam diam dia jemput kawan dia ramai... satu jabatan dia jemput plus kawan2 lama.. huhu... sedey tau.. abang tak aci..huhu...


Bab masak2 lak, kali nie mintak tolong chep kadir (ingat lagi tak lasagne????hehe). Alhamdulillah dia tolong semua sekali termasuk beli barang. sebabnya hubby sibuk dengan pameran penyelidikan kat PWTC.. Thanks a lot Chef... memang sedap!! tapi daging akikah papa yg masak (masak itam).. aku suka masakan nie.. thanks to Papa too..

Frust, tak sempat amik gambar lauk2 n tetamu yg datang. memang tak cukup tangan dibueknya.. Lastly, terima kasih pada student2 hubby, ayie, abg azam dll yg tolong jadi penanggah n basuh pinggan... Terima kasih sangat2!!

05 March 2009

Pic Baby Aisya...

From Baby Aisya
Sama besar jer dengan bear tu... hehe..

From Baby Aisya
Tercacak rambut yer dik... t mama buh minyak rambut..

From Baby Aisya
Marah kena pakai topi!! huhu...

SluMdOg MiLliOnAire..

26 Februari 2009

From Leisure

Gemuknya yang baju pink tu!! huhu...)

Aku plan ngan Sumi n Kak Zura p tgk movie.. Sementara aku masih cuti nie kan. Kak Zura n Sumi pun amik cuti.. heboh opismate naper Sumi n K.Zura amik cuti sama2... hahaha.. depa nie jealous la tu..

Kul 8.30 jumpa kat opis.. settlekan keje sikit then g breakfast. pastu g Fitness 1st. Aku sambung freeze akaun kat situ.. Tgu Aisya besar sikit n hubby leh handle pagi2 hantar nursery.. for time being aku yang hantar.

settle kat FF terus ke Mid Valley.. ingatkan nak window shopping jer! tapi, ter`shopping' gak!! hehe.. Dapatlah set pencuci muka baru ngan kasut keja baru.. poyo jer nak masuk keja balik pun kena beli kasut ker??????? kui..kui..

Kul 12 g reservation counter nak collect tiket, tapi sistem depa down lak.. so g la lunch dulu kat Nando's...

From Leisure


From Leisure

Kak Zura....

From Leisure

Sumi...

dah kenyang baru la g tengok movie.. citenya simple. no wonder la dlm paper kata cite ni budget murah.. memang budget murah tapi mesej nya baguih!! sebab tu la banyak dapat award... Tengok! Jangan tak Tengok!!

From Leisure
Blog Widget by LinkWithin

My Weight Lose Journey Since 01.11.2009

Created by MyFitnessPal - Nutrition Facts For Foods

SNTN Progress...

Created by MyFitnessPal - Free Calorie Counter