Time is like a river.. we can't touch the same water twice because the flow that has passed will never pass again... So, enjoy every moment of our LIFE...


Followers

Berpindah ke Blog Baru Since Januari 2011 (Just Click @ Picture)

Berpindah ke Blog Baru Since Januari 2011 (Just Click @ Picture)
Ayah..Mama..Aliyah..Aina..Aisya..

27 November 2008

Renovation yang Menyakitkan Hati..

24hb November 2008

Ari Jumaat lepas aku cuti.. Habiskan cuti gantian.. Siti Rohani sms aku ptg Jumaat tu cakap nak alihkan barang kat bilik coz ada nak buat renovation. Huhu.. apa la depa nie.. short notice tul la!!

Bila ari nie (isnin) aku masuk keje.. hubby dah pesan kena banyak bersabar bila sampai opis nanti.. (tau jerk yg bini dia nie kepala hangin.. hehe..)

ini lah dia bilik ku yang dah tak berdinding...





Sakitnya hati!!! dah la banyak keje tis week nak kena settlekan.. Next week dah ada Mesyuarat Jk Semakan (MJS).. huhu... geram jugak!!!!!!
Tapi yang paling bengang nya... nie dia:



Wayar yang berselirat di merata2 tempat.. Ingat kitaorg nie apa ea??
dah la wayar nie sebelah almari besi. Hari nie jer azira dah tersadung wayar.. esok lusa????? Pas tu leh pulak suruh packing barang sebab nak ganti carpet.. huhu... abis tu sepanjang renovation ni takyah buat keje ker??? Sungguh tak paham!!

Pikir2 kanlah... kita nie kan manusia yang diberikan akal pikiran.

Tangan Aina selepas 7 hari...

27 November 2008

Aina sibuk suruh aku amik gambar tangan dia...

Sedihnya tgk tangan aina.. sekejap dia mengadu sakit..kejap2 ngadu gatal.. sabar yer adik.. luka nak baik memang macam tu.. t mama carik ubat hilangkan parut ea...

20 November 2008

Dah Jumpa!!!

Alhamdulillah...

Akhirnya jumpa jua.. Aku dah rasa tertinggal kat umah mak mentua jam tu.. tapi segan nak tanya sebab dah selalu sgt tinggal... ahaks..
Nasib la post kat blog! so, bila rodie baca baru dia teringat yg jam tu ada kat bilik dia.. hehe.. thanks di...

Dah call Hubby cakap jam dah jumpa.. hubby kata; "hah, lain kali tinggalkan lah lagi...".. huhu...
aku kata.. tak kisah..dah jumpa pun nak jugak mintak yg baru. hehe... tak dpt jam, gelang pun boleh ler.. hahaha..

Alhamdulillah... lega rasa hati nie...

19 November 2008

Dimanakah kau bersembunyi???

Huhuhu...

Aku tak jumpa jam tangan aku.. leh kira jam tangan kesayangan lah... huhu... Manalah dok sembunyi nie? Seingat aku last pakai masa gi check up kat UKMSC... aku ada gi sembhyang kat surau situ.. tertinggal kat situ ker?? tapi rasa macam ada lagik masa gi makan kat kedai ngan hubby lepas check up... huhu...sedihnya...

Mula2 takut nak cakap ngan hubby.. tapi kenalah cakap gak sebab dia yg bagik!! Nasib lah tak nampak macam marah sgt.. (Tak tau lah dlm hati kan...) hehe.. sebabnya dia pun dah 2 kali hilangkan jam..

sampai la nie teringat2 jam tu.. Apa ubatnya ea.. Hubby, belikan lah balik ea.. yg sama.. sebijik sebijon. please!!!!!!!!!!!!!!!!!!

17 November 2008

Aina Kena Air Panas...

15 November 2008

Minggu nie hubby takder. ada program anak angkat kat negeri sembilan..
so, Jumaat aku apply cuti ganti. malas nak rushing antar bebudak ke sekolah.
Rodie temankan aku kat umah.. mama suruh.

Nak jadik cerita, ari Sabtu malam Ahad sebelum tido, Aina mintak milo.. masa tu dah kul 10 malam. nak tido dah tu.. aku ajak dia temankan aku buat milo.. (mamanya nie kan penakut!)

Mulanya buat milo kakak.. elok aku pusing nak isi air sejuk dengar bunyi botol jatuh ngan suara Aina menjerit... sepantas kilat semuanya terjadi!! dia pergi tekan air panas tu sendiri kat botol susu.. Adik!! aku terus bawak ke bilik air siram ngan air kat tangannya.. mujur pakai baju lengan panjang... kalau tak? tak tau lah apa nak jadi... huhu... panik giler aku masa tu.. dengan hubby takder kat umah!! mujur la ada Rodie..

Siap2 terus gi AzZahrah! Mujur la Rodie dah pro bwk kete.. (hehe).
sampai sana aku gi dukung pulak si nena nenot tembam nie ke bahagian kecemasan.. (terlupa lak yg diri nie mengandung).. Alhamdulillah, Doktor kata tak teruk sgt..

Aina kat emergency room.. Tgn nya diletak krim bagi serap panas. Sedih jer muka dia..



Nie tgn nena lepas disapu krim.. masa nie dia dh lena...
Hubby balik gak sekejap malam tu tgk anak kesayangannya nie.. muka masam jer.. takut gak aku!! huhu..

From Latest

From Latest


Aina macam biasa tabah n kuat.. bangun pagi dah ceria.. Dia kata: "dah tak sakit mama..." sayang anak mama.. Tapi apa pun aku rasa bersalah sangat.. dalam aku nya mulut nie asik membebel macam bertih jagung.. masih gak lagik terjadi...

Esoknya atuk ngan nenek Cheras datang melawat.. tapi sambil kena bebel la nenanya.. hehe..

10 November 2008

Aliya Convocation Day

9 November 2008
Dewan Presint 9

Hari nie Aliya nya convocation day..
CIC last minute baru inform.. Turun dari Awana kul 11pg. mintak excuse dari urusetia.. majlis Convo start 2.30ptg.. sampai umah kul 1.00 terus bersiap... Hujan lak tu kat Putrajaya.. samapi sana dh ramai org. nasib dpt gak duduk kat baris hadapan.. dekat sikit nak nengok kakak n adik naik pentas.

Aliya masa terima sijil convo.. (aku kkecik2 dulu takder pun cenggini..huhu).. Tapi tahun nie pencapaian tak memberangsangkan. dapat best student untuk english subject jer.. last yer dpt 2 subjek. Apapun tahniah sayang... Teruskan usaha n jangan malas2 k..






Yang nie bergambar dengan Husna (kiri) kawan baiknya.. masa nie amik saguhati sebab berlakon drama Donuld Duck



Atas: Aina lak nak amik sijil tamat belajar fo 4 yrs old..
Tu tgh mencari ayah ngan mama la tu.. hehe..

Bawah: Bergambar ngan best friend nya (asma')



Aliya with hubby



Aliya n Aina ngan mama



Awana Resort, Genting Highlands

7-9 November 2008

Minggu nie kena gi Awana buat soalan PTK lagik.. Jumaat petang bertolak. kali nie bawak hubby n anak2.. dah lama tak gi sama2. Malam 1st aku leh buat 4 soalan jer.. mata ngantuk gila. badan letih.. huhu..

2nd day struggle buat soalan coz plan ptg tu nak bawak aliya n aina naik `gondola'. hehe... kul 4 mcm tu ujan lak.. alhamdulillah kul 5 lebih dah berhenti.. so.. hajat pun di teruskan.. masa nie pun hati dah tenang coz dah siapkan semua soalan. tinggal nak present jer... hehe...

Gelagat aliya n aina... aina mula2 mcm berani, tapi ghupenya penakut gak macam mamanya nie.. hehe







Cian aliya n aina kesejukan.. tu la, mamanya nie tak bwk seluar jeans.. dah kena pakai seluar kontot jer.. huhu






Aku n hubby...


Tak main pe2 pun.. turun bawah dah kul 8 lebih.. terus singgah gi makan... leh tahan gak la mahalnya makanan kat sini... Aina dalam gondola masa turun tu dah terlelap. Gelap bila naik gondola malam2 nie.. dia dh letih sgt. sebab siang tak tido langsung. dah la swimming.. kat kedai makan dah mengamuk nangis2 nak tido.. huhu sabar lah adik.. tapi bila dah masuk makanan... samapi hotel cergas gila lah pulak...

nie dia!!



hehe... adik..adik.. tapi memang letih pun.. masa aku nak gi bengkel ahad tu, budak berdua nie masih lagik terbongkang!!





Blog Widget by LinkWithin

My Weight Lose Journey Since 01.11.2009

Created by MyFitnessPal - Nutrition Facts For Foods

SNTN Progress...

Created by MyFitnessPal - Free Calorie Counter