Time is like a river.. we can't touch the same water twice because the flow that has passed will never pass again... So, enjoy every moment of our LIFE...


Followers

Berpindah ke Blog Baru Since Januari 2011 (Just Click @ Picture)

Berpindah ke Blog Baru Since Januari 2011 (Just Click @ Picture)
Ayah..Mama..Aliyah..Aina..Aisya..

20 August 2010

10th Day with Spagethi & Paf Tuna

biasanya Jumaat mmg hari yg letih n malas... mungkin sbb dh terkumpul semua penat2 sepanjang minggu.. huhu... sbb tau ari Jumaat mmg ari letih untuk aku, makanya plan dh dr smlm arini masak spagethi jer.. huhu... menu paling sempoi!




malam td gi Alamanda.. tujuan asal nak gi MPH beli buku.. (kalau tk kerana kena wat Book Review, tk mungkin la aku nak beli buku2 ilmiah nie especially management.. huhu.. baik beli buku parenting ker kan.. baru la ada feel nak baca.. again SYMP...)

dh alang2 masuk la Carrefour cari Huggies Echa.. dh paras kritikal.. alhamdulillah ada promosi.. otw nak gi bayar sajer jenguk bahagian sejukbeku.. tgk2 ada paf pastry KAWAN yang mmg susah sgt nak cari... punya la melambak kat Carrefour nie.. rembat 3 pek terus! senang... sbb arini cuma masak simple jer, tambah la Paf Tuna Kentang nie... (Paf nie favourite aliya.. tu yg dia suh bubuh sticker bear pegang luv tu... cibuk jer..)


Paf Tuna Kentang

Bahan:- (10 biji)

1 paket pastri paf jenama Kawan (saiz 4x4 in - 10 kpg)

Untuk Inti:-

1 tin tuna (mild)
1 biji kentang - potong dadu kecil2
1/2 labu bawang besar - didadu
1 ulas bawang putih - tumbuk
3 biji cili padi - tumbuk
1/2 sudu teh serbuk lada hitam (ikut suka pedas)
1 biji limau kasturi - perah jusnya
sedikit air
garam secukup rasa
1 biji kuning telor - dipukul sikit untuk sapuan atas paf

Cara-Cara:-

UNTUK INTI - Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili padi. Kacau hingga kekuningan dan masukkan kentang. Masukkan sedikit air.
Bila kentang telah empuk sedikit, masukkan serbuk lada hitam. Kacau.
Masukkan tuna dan jus limau kasturi dan garam. Kacau rata-rata sebentar. Angkat dan sejukkan sebentar.


UNTUK PAF - Sediakan sekeping pastri dan letakkan 1 1/2 sudu besar inti tadi. Lipat jadikan segitiga atau empat segi memanjang. Dengan garfu kecil, tekan sekeliling tepi paf biar melekat. Buat sampai habis.
Lenserkan loyang dengan sedikit butter. Susun paf dan kelar2 sikit (jgn dalam sangat) permukaan paf kemudian sapu dengan kuning telor.
Bakar pada suhu 175 C selama 15 - 18 minit hingga kuning keemasan.



4 comments:

ZuNas77 said...

wahh..dah jmpa gak Puff Kawan tu eh..puas zu cari. kat carrefour melambak rupanya eh..best kalau buat stock zu tgk blog2 tukang masak otai2 mcm2 boleh buat dgn puff ni kan kak..

Rodiah Sabri said...

wah,,kerajinan kak selly makin menjadi2..ini adalh petanda kita perlu buat majlis berbuka di bangi..yehhh..minggu ni rodi blk..nk puff,nk brownies..wah smua nk nie..kihkihkih.

Pnut said...

eheheh akak bantai guan roti canai segera tu je buat puff.. eheheh dah pernah gak try yang pastry puff ni, rasanya cam sama je ngan roti canai segera tu.. pelik betul, chef depa cipta satu resepi dua nama kot...eheheh..

dah beli baju raya bebudak???

Selly Buke said...

zu, kalau nak amik la akak nya 1.. senang sikit kereje.. hehehe..

kak nas, sy baca gak org buat guna roti canai Kawan tu buat puff.. tapi lum pernah try.. pasni leh la try kalau dh tk jumpa puff nie..
baju raya.. tk beli menda pun lg.. br tempahkan baju kurung jer.. lum smpai mood raya lagi... hehehe

d, balik sekali sekala.. makan jer la masakan mama ... 5 hari tu pun lum tentu cukup ko nak request mama masak macam2 nanti... ^_^

Blog Widget by LinkWithin

My Weight Lose Journey Since 01.11.2009

Created by MyFitnessPal - Nutrition Facts For Foods

SNTN Progress...

Created by MyFitnessPal - Free Calorie Counter