Time is like a river.. we can't touch the same water twice because the flow that has passed will never pass again... So, enjoy every moment of our LIFE...


Followers

Berpindah ke Blog Baru Since Januari 2011 (Just Click @ Picture)

Berpindah ke Blog Baru Since Januari 2011 (Just Click @ Picture)
Ayah..Mama..Aliyah..Aina..Aisya..

12 August 2010

1st Day & Chocolate Chips Banana Muffin

Alhamdulillah selamat sudah berpuasa 1 hari semalam... mcm biasa bila bulan posa aku akan tukar masuk keje kul 7.30, so leh balik kul 4.30.. hehehe.. nak ngejar balik awal.. tadika aina tutup 5.30.. aliya pun balik sekolah kul 5.30..

Hari ni kebetulan Aliya balik Kak Wan (jiran) yg amik.. so hubby leh la bukak langkah ke bazar Ramadhan.. berbunga2 gak lah hati aku nih... suh hubby beli tepung pelita untuk 3A's ngan beli popiah goreng rangup fav kitaorang sejak 12 thn dulu... aku pesan jgn beli bnyk2 t tk habis... tiba kul 6.15 hubby call.. katanya ada tepung pelita jer.. popiah takder.. tk jumpa gerai makcik tu or makcik tu tk smpai lagik (makcik nie mmg suka dtg lmbt2.. sbb kuih dia laju sgt habis!).. huhuhu... lagi sedih bila tgk hubby betul2 beli tepung pelita jer bila popiah tu dh tkder.. huhu...

tatau la naper rasa sedih sgt.. mgkin sbb 1st day posa kot.. semua menda teringin confirm dh terasa2 kat tekak kan... huaaaa... hubby smpai umah dh kul 7.. Echa bila nmpak tepung pelita terus nakk..nak.. dia sorang jer makan 3.. ada balance 7 ingat cukup.. aliya aina lak tk kasi sapa2 mkn dh.. untuk diaorang ajer... aduh! tapi tkper la.. kang aku ngan hubby makan kuih diaorang tu.. mau besok lusa mogok tak puasa pulak..

pas bukak posa mcm tk puas mkn nasi jer.. dh la masak pun simple2 jer.. takder kuih ke buah ke.. (aku lah tu yg selalu over.. hehehe)sian gak kat hubby.. hehehe.. godek la kejap muffin ...




dh pernah wat sblm nie guna resepi yg sama.. tapi jadi kering.. tk moist.. lepas dh search tgk resepi lain2.. tgk ada yg buh yogurt.. alhamdulillah jadi kali nie.. moist sgt.. letak resepi kat sini sng lain kali kalau nk wat lagi...

--Choc Chips Banana Muffin --

Bahan-bahan:(anggaran 18 cup)

• 1 ½ cawan tepung gandum
• 1 sudu teh baking soda
• 1 sudu teh baking powder
• ½ sudu teh garam
• 3 biji pisang, dilecek (guna pisang emas comel 6 biji)
• ¾ cawan gula putih / gula perang
• 140g plain yogurt
• 1 biji telur, dipukul sedikit
• 1/3 cawan mentega, dicairkan
• ¼ cawan choc chips (optional)

Bahan untuk crumb (Toping): (kali nie tk buat pun.. tp sedap kalau buat crumb nie...)

• 1/3 cawan gula perang, dipadatkan
• 2 sudu besar tepung gandum
• 1/8 sudu teh serbuk kayu manis
• 1 sudu besar mentega


Cara-cara:

1. Panaskan ketuhar pada suhu 190’C. Sapukan loyang muffin dengan mentega atau boleh gunakan muffin cups.
2. Didalam mangkuk yang besar, campurkan tepung gandum, baking soda, baking powder dan garam.
3. Didalam mangkuk yang berasingan, campurkan bersama pisang, gula, yogurt, telur dan mentega cair.
4. Campurkan adunan pisang dan choc chips ke dalam adunan tepung tadi dan gaul sehingga adunan sebati (jgn over kacau..). Sendukkan 2 sudu adunan kedalam muffin cups yang telah disediakan (agak2 3/4 penuh muffin cup tu..).

5. Didalam mangkuk yang kecil, campurkan gula perang, 2 sudu besar tepung gandum dan serbuk kayu manis. Masukkan 1 sudu besar mentega dan ramas menggunakan hujung jari sehingga ia berketul-ketul seperti serbuk roti. Taburkan topping diatas adunan muffin. (terpulang kalau nak buat.. tak buat pun takper..)
6. Bakar didalam ketuhar selama 18 – 20 minit atau sehingga lidi pengguji keluar bersih.


"Selamat Berbuka Puasa..."

No comments:

Blog Widget by LinkWithin

My Weight Lose Journey Since 01.11.2009

Created by MyFitnessPal - Nutrition Facts For Foods

SNTN Progress...

Created by MyFitnessPal - Free Calorie Counter