malam td gi Alamanda.. tujuan asal nak gi MPH beli buku.. (kalau tk kerana kena wat Book Review, tk mungkin la aku nak beli buku2 ilmiah nie especially management.. huhu.. baik beli buku parenting ker kan.. baru la ada feel nak baca.. again SYMP...)
dh alang2 masuk la Carrefour cari Huggies Echa.. dh paras kritikal.. alhamdulillah ada promosi.. otw nak gi bayar sajer jenguk bahagian sejukbeku.. tgk2 ada paf pastry KAWAN yang mmg susah sgt nak cari... punya la melambak kat Carrefour nie.. rembat 3 pek terus! senang... sbb arini cuma masak simple jer, tambah la Paf Tuna Kentang nie... (Paf nie favourite aliya.. tu yg dia suh bubuh sticker bear pegang luv tu... cibuk jer..)
Paf Tuna Kentang
Bahan:- (10 biji)
1 paket pastri paf jenama Kawan (saiz 4x4 in - 10 kpg)
Untuk Inti:-
1 tin tuna (mild)
1 biji kentang - potong dadu kecil2
1/2 labu bawang besar - didadu
1 ulas bawang putih - tumbuk
3 biji cili padi - tumbuk
1/2 sudu teh serbuk lada hitam (ikut suka pedas)
1 biji limau kasturi - perah jusnya
sedikit air
garam secukup rasa
1 biji kuning telor - dipukul sikit untuk sapuan atas paf
Cara-Cara:-
UNTUK INTI - Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili padi. Kacau hingga kekuningan dan masukkan kentang. Masukkan sedikit air.
Bila kentang telah empuk sedikit, masukkan serbuk lada hitam. Kacau.
Masukkan tuna dan jus limau kasturi dan garam. Kacau rata-rata sebentar. Angkat dan sejukkan sebentar.
UNTUK PAF - Sediakan sekeping pastri dan letakkan 1 1/2 sudu besar inti tadi. Lipat jadikan segitiga atau empat segi memanjang. Dengan garfu kecil, tekan sekeliling tepi paf biar melekat. Buat sampai habis.
Lenserkan loyang dengan sedikit butter. Susun paf dan kelar2 sikit (jgn dalam sangat) permukaan paf kemudian sapu dengan kuning telor.
Bakar pada suhu 175 C selama 15 - 18 minit hingga kuning keemasan.
