Time is like a river.. we can't touch the same water twice because the flow that has passed will never pass again... So, enjoy every moment of our LIFE...


Followers

Berpindah ke Blog Baru Since Januari 2011 (Just Click @ Picture)

Berpindah ke Blog Baru Since Januari 2011 (Just Click @ Picture)
Ayah..Mama..Aliyah..Aina..Aisya..

25 August 2009

Diabetes Mellitus

Apa tu Diabetes Mellitus (DM) nie.. atau nama glamornye `Kencing Manis'.. Naper lak tetiba aku nk citer pasal ni? Memang la aku tau ramai rakyat Malaysia nie yang ada DM nie.. even arwah mak aku dulu pun meninggal becoz of DM..

Arini bila aku search web baru aku tau yang DM nie ada 2 jenis: DM 1 dan DM 2.. DM1 nie biasanya berkalu dikalangan kanak2 dan remaja.. Bila baca artikel2 nie aku rasa teruknya aku... teruk coz banyak benda yg aku tak tau pasal DM nie.. Dalam artikel ini, ada tulis :

"Secara umumnya, kesedaran ibu bapa dan masyarakat terhadap diabetes jenis 1 di negara kita masih sangat rendah kerana lebih 70 peratus kes yang dirujukkan ke hospital dikategorikan sebagai kes DKA (apabila keadaan pesakit sangat serius) berbanding 50 peratus kadar umum di seluruh dunia.Bagaimanapun, di negara Eropah dan Scandinavia kadar kes DKA sangat rendah iaitu hanya sekitar lima peratus, yang menunjukkan kesedaran masyarakatnya terhadap penyakit ini sangat tinggi. Diabetes jenis 1 jarang diberi perhatian, malah ada yang tidak tahu langsung mengenainya. Berdasarkan pesakit yang didaftar di PPUM sepanjang 1989 hingga 2006, jumlah pesakit diabetes kanak-kanak meningkat lapan kali ganda dalam tempoh 16 tahun. Sehingga kini, ada 200 pesakit kencing manis yang baru disenaraikan dalam Daftar Kencing Manis Di Kalangan Kanak-kanak dan Remaja Malaysia, tetapi dianggarkan jumlahnya melebihi 1,000 orang.."

Kalau nak info lagi pasal DM nie leh la baca kat sini jugak....

Apa pun yang membuat kan aku nak tulis pasal DM nie sebabnya aku dikejutkan dgn berita sedih.. anak sepupu aku baru jer 7 tahun (sebaya ngan Aliya).. kelmarin dimasukkan ke ICU coz of DM. Sha-sha namanya... budak yang pendiam.. selalu tersenyum.. aku dapat tau yang pankreas sha-sha gagal berfungsi, so insulin takleh nak dihasilkan.. bila jd cenggini.. glukos dlm badan dia akan tinggi.. bila sepupu aku citer semalam aku terkejut sgt.. Mama nya kata sha-sha akan bergantung dengan insulin.. Ya Allah... mcm manalah budak sekecil tu nak di inject insulin setiap hari.. sedangkan aku tgk arwah mak dulu pun aku ngeri.. inikan pulak budak 7 tahun..


Mama sha-sha kata takder tanda2 khusus.. cuma sha-sha demam dan lemah.. Ingat demam biasa n kurang air.. bila g hospital masuk drip.. tapi takder perubahan.. stil lemah.. lepas amik darah baru la tau kenapa dia lemah sgt.. gula dalam darah dh tinggi sgt.. arini aku dibgtau yang sha-sha dah dipindahkan ke wad biasa tapi still lemah.. Mudahan sha-sha, mama sha-sha n family akan kuat dan tabah menghadapi dugaan nie.. sama2 lah kita doakan supaya sha-sha cepat sembuh. dan sama2 jugak kita amik iktibar tentang DM nie...

2 comments:

Don & Nor said...

takutkan kak dgn mcm2 penyakit skrg ni...x kira org beso ker kecik...semua berisiko..
mudah2an kita dijauhkan dari penyakit2 berbahaya ni.

akak_adoi said...

seqiyau nyer dengaq...

Blog Widget by LinkWithin

My Weight Lose Journey Since 01.11.2009

Created by MyFitnessPal - Nutrition Facts For Foods

SNTN Progress...

Created by MyFitnessPal - Free Calorie Counter