Arini bila aku search web baru aku tau yang DM nie ada 2 jenis: DM 1 dan DM 2.. DM1 nie biasanya berkalu dikalangan kanak2 dan remaja.. Bila baca artikel2 nie aku rasa teruknya aku... teruk coz banyak benda yg aku tak tau pasal DM nie.. Dalam artikel ini, ada tulis :
"Secara umumnya, kesedaran ibu bapa dan masyarakat terhadap diabetes jenis 1 di negara kita masih sangat rendah kerana lebih 70 peratus kes yang dirujukkan ke hospital dikategorikan sebagai kes DKA (apabila keadaan pesakit sangat serius) berbanding 50 peratus kadar umum di seluruh dunia.Bagaimanapun, di negara Eropah dan Scandinavia kadar kes DKA sangat rendah iaitu hanya sekitar lima peratus, yang menunjukkan kesedaran masyarakatnya terhadap penyakit ini sangat tinggi. Diabetes jenis 1 jarang diberi perhatian, malah ada yang tidak tahu langsung mengenainya. Berdasarkan pesakit yang didaftar di PPUM sepanjang 1989 hingga 2006, jumlah pesakit diabetes kanak-kanak meningkat lapan kali ganda dalam tempoh 16 tahun. Sehingga kini, ada 200 pesakit kencing manis yang baru disenaraikan dalam Daftar Kencing Manis Di Kalangan Kanak-kanak dan Remaja Malaysia, tetapi dianggarkan jumlahnya melebihi 1,000 orang.."
Kalau nak info lagi pasal DM nie leh la baca kat sini jugak....
Mama sha-sha kata takder tanda2 khusus.. cuma sha-sha demam dan lemah.. Ingat demam biasa n kurang air.. bila g hospital masuk drip.. tapi takder perubahan.. stil lemah.. lepas amik darah baru la tau kenapa dia lemah sgt.. gula dalam darah dh tinggi sgt.. arini aku dibgtau yang sha-sha dah dipindahkan ke wad biasa tapi still lemah.. Mudahan sha-sha, mama sha-sha n family akan kuat dan tabah menghadapi dugaan nie.. sama2 lah kita doakan supaya sha-sha cepat sembuh. dan sama2 jugak kita amik iktibar tentang DM nie...
2 comments:
takutkan kak dgn mcm2 penyakit skrg ni...x kira org beso ker kecik...semua berisiko..
mudah2an kita dijauhkan dari penyakit2 berbahaya ni.
seqiyau nyer dengaq...
Post a Comment