Time is like a river.. we can't touch the same water twice because the flow that has passed will never pass again... So, enjoy every moment of our LIFE...


Followers

Berpindah ke Blog Baru Since Januari 2011 (Just Click @ Picture)

Berpindah ke Blog Baru Since Januari 2011 (Just Click @ Picture)
Ayah..Mama..Aliyah..Aina..Aisya..

17 December 2009

Puding Triffle

Puding lagik? takder menu lain ker selly oii.. nyeh..nyeh..nyehh.. nak buat camneer.. kan dh kata aku tgh giler memuding la nie.. nak pulak peminatnya ramai kat umah nie.. Puding triffle nie amik resepi kat Dapur Ummi gak. nampak sedap so, gatai ler nak mengetest.. bahan2 suma kebetulan mmg ada kat umah kecuali swiss roll/kek sponge.. hubby request perasa pandan n oren. Tapi yang nie aku buat dgn swiss roll perasa oren n buah nya pic.

See the layer (swiss roll oren, kastard n jelly with pic)? tak berapa jelas kan sebab semua nya colour kuning oren. hehe..



Puding ni buat sehari seblm hubby g outstation ke Sg Petani aritu.. sian lak dah request tapi tak smpat makan kan.. so, balik keje hubby n anak2 enjoy d puding.. yummy..yummy..



T aku nak buat ngan buah koktel n keknya coklat lak... baru la nampak layer dia n colour2 sikit.. tgk tu aina sufiyah! laju jer kalau bab2 mamam nie.. sekejap je dh berketul2 dimakannya.. cuma dia tak berapa gemar ngan buah pic.

16 December 2009

Cuti Sekolah (21 Nov - 3 Jan 2010)

Cuti panjang, dah nak abih dah pun cuti. tinggal berapa ari jer lagik nak masuk sekolah balik... Apa plan aku n family cuti sekolah?? huhu... no plan ok.. sedihnya... aku nie idok ler kisah kan diri nie. tapi sian kat anak2 yang tgh cuti nun. camner nak g? aku nak cuti pun susah.. bulan 12 nie lak aku jadi urusetia mesyurat..huaaaaa.. kalau tak leh gak amik cuti panjang! hubby pun bulan 12 nie gak la manyak sgt kena g kursus la, kem la..

so, rutin aliya aina cuti nie hanya lah duduk kat CIC.. aliyah pun duk kat CIC gak sebb dia tknak gi duk kat KAFA.. tak best katanya, ramai kawan2 cuti.. sian dia.. kat CIC pun tinggal berapa orang jer budak yang dtg.. huhu..





Ada gak aliya aina tanya..tak g mana2 ker cuti nie mama? huhu... sedih gak.. bila aliya aina dh tanya tu, aku n hubby pun plan la nak stay kat Mines Resort (mcm kak Kherun buat dulu).. so leh la jalan2 g masuk mines wonderland n tgk movie kat Mines shopping centre sebelah tu.. naik bot pusing tasik ker kan.. tup2 bila servey upenya under renovation lak!! huaaaaaaa!!!!!!! kecewa la aliya n aina.. tgk la, kalau tkder aral mnggu nie mama bwk gi tgk movie k.. kita ajak untie cica n untie nenney sekali k..

so, Hubby plan cuti2 postpone next month.. takper la, at least bawak gak la budak2 nie berjalan kan.. tmpat? tak pasti lagik.. kena survey lagik dan lagik.. maybe Sunway Lagoon or Colmar Bukit Tinggi or Melaka ker... tgk la nanti. tapi alhamdulillah... syukur sgt, walaupun aliya aina frust tak berjalan, diaorang still leh memahami masalah mama n ayah dia nie... tima kasih sgt2 sbb faham mama n ayah k.

TAPI acara wajib twice a year still tak boleh dilupakan! ahaks.. apa dia ek?? bawak budak2 nie jumpa doc Hasrim.. aina yang paling excited! aliya takut2 sikit mcm mamanya nie.. hehe


12 December 2009

Apple Pie Goreng..

Aliya n aina mmg suka sgt makan apple pie McD tu.. tapi nk beli selalu pun masak gak la kan.. bila search2 kat tenet jumpa la resepi apple pie version goreng... harus ngetest!! kebetulan kat umah ada 2 biji apple balance detox aritu so balik keje terus jer menguli n masak apple filling..



Okey la cuma sbb aku guna apple merah so agak manis inti dia tu... takper, next time wat lagik bagi improve sikit.. aliya aina suka sgt.. hubby takder (outstation) so, dia lum rasa lagik..

10 December 2009

7 Days Diet Programme - 2nd Round Result

Aritu aku ada kata nak kabor result buat 7dys diet nie for 2nd round kan?? lupa la hehe.. actually dh selesai 6hb aritu lagik.. huhu... so here it is..

Berat sblm 2n round detox (30/11/09):83.2kg
Berat slps 7dys (07/12/09): 81.0kg

ok ker? ok la kan... turun la jugak walaupun tak sbnyk yang 1st round.. :-)

apa lagik? moh ler cuba try test..

08 December 2009

Aisya Menjelang Umur 1 Tahun

Sekejap jer masa berlalu.. rasanya baru jer lahirkan aisya.. tuo2 dh nak 1 tahun.. sejak 2 menjak dh dapat kaki nie, abih la tkmo duk diam.. kalau jalan2 kat shopping centre tknk dh dukung2!! nak merayap jer.. kalau kat umah lak tak reti duk diam! ada jer nak tolong mama nya nie mengemas rumah. huhu..







04 December 2009

Projek Memuding @ Dapur Camelia

Lately nie aku gile memuding (ada ker ayat nie dlm kamus dewan ha???) taram jer la ea.. kalau bab2 main course nie sorry naik lorry.. lum ada keinginan lagik.. lagipun seronot bila memuding nie, anak2 n hubby enjoy makan.. sekjap jer licin! nak buat pun senang kan.. kalau main course nie bila dh buat orang kurang makan hati pun jd tk seronot.. huhu.. (alasan jer sebenarnya untuk orng malassssssss mcm aku nie..hehe)

start dari buat Puding laici Dangdut ngan Puding Roti. pastu Puding Koktel Berkuah. hehe.. Ari tu buat Puding Mangga.. yang tu beli yang serbuk puding mangga jer.. bubuh la nata de coco.. tapi baguihnya jimat. dapat bnyk. aliya n aina ni kan suka beli puding mangga yang jual kat pasaraya nun.. mahai. aisya pun dh join d group!!


Mggu sblm raya haji tu buat lak Peach Mirror Puding . Amik resepi dari dapur Ummi gak.. Ummi , saya CP jer la ea resepi tu kat sini...



Peach Mirror Puding

Bahan:- (terpulang kepada bekas dessert masing2)
Lapisan Bawah:
300 ml air
150 jus peach
450 ml susu segar
150 gm gula
30 gm instant jelly (aku guna yang perasa peach)
40 gm tepung kastad
1/2 sudu teh rata garam
2 biji kuning telor
sedikit esen vanila

Lapisan Atas:-
650 air + lebihan jus peach (jika ada)
60 gm gula pasir (kalau ada lebihan jus peach tadi, bolehlah kurangkan gula kepada 30 gm)
25 gm instant jelly
sedikit esen peach (*aku pun xda ni)
2 titik pewarna lemon yellow (aku tak letak sebab dh pakai instant jelly peach)

Hiasan:-
Buah peach - dipotong memanjang dan nipis

Cara-Cara:-

Untuk lapisan bawah:-
1. Dalam periuk, satukan semua bahan bawah, kacau sebati baru dijerangkan atas api sederhana perlahan. Ini untuk mengelakkan adunan jadi berbintil-bintil.
2. Sentiasa kacau adunan, masak sehingga agak pekat. (lebihkurang 8-10 minit). Tuangkan ke dalam acuan dessert. (*akak basahkan dulu acuan sebelum dituang adunan).
3. Biar dessert sejuk/keras, bolehlah aturkan buah peach yang dihiris tadi.

Untuk lapisan atas:-
1. Satukan juga semua bahan, masak sehingga mendidih.
2. Tuangkan ke dalam mangkuk dessert tadi perlahan-lahan. (Kena tuang perlahan kerana dessert agak lembut, takut nanti lapisan bawah pecah dan berselerak)
3. Bila dah sejuk, masukkan ke dalam fridge. Enak dimakan sejuk.


Masa Hari Raya Haji buat untuk 2nd time.. bwk g umah Rosmaliza n balik kg.. masa nie sebab serbuk jelly dh abis aku pakai serbuk agar2.. hasilnya ok tapi aku n family suka lagik kalau buat dgn instant jelly... lembut jer cam dadih.. slurrppppp terus dlm tekak nie.. nyum2..

03 December 2009

Santai Di Petang Hari..

Dah lama sesangat aku tak menjengah FF... apa la citer dia sekarang nie.. hehe.. apasal la aku nie malasssssss sgt thap gaban sekrang.. bukan malas nak jumpa FF.. tapi aku syang nak bangun tdo awal.. (apa benda la ayat aku nie.. pusing2 pun sama gak maksudnya kan!!)

Aku rasa aku kena warming up dulu la.. che2wah.. macam2 punye alasan aku nie ek.. so, untuk bagi warming up badan nie, aku mulakan dgn berjalan2.. hehehe... jalan kaki dari rumah ke taska aisya diiringi aliya aina yang menunggang basikal.. gelak! gelak! huhu... tapi letih jugak tu wei.. ulang alik 1km gak! kalau tak caya cuba set meter kereta tu! :-)





1st time buat aku jalan kaki sampai taska, balik naik kete hubby jemput.. ahaks.. 2nd n seterusnya berjaya sebab hubby pun teman jalan kaki sama.. ghajin kan hubby aku tu.. mesti la ghajin..sebab aku panggil di `gumukss' (zu, akak pinjam gelaran arsyad dulu2.. hehe).. masa2 mula2 tu mmg kena bantai gelak la ngan ckgu taska aisya tu! lelama diorang tak heran dah.. apa lagik jiran2 setaman? moh ler join kami kalau ari tak ujan...

KURSUS PENYEDIAAN PASTRI & BAKERI DI UPM, SERDANG

Kengkawan, saya just nak war-warkan (sharing is caring)…
Fakulti Sains & Teknologi Makanan akan adakan kursus `Delicious Dessert Specialities Recipes’ nie.

Butiran kursus:

Tarikh : 5.12.2009 (Sabtu)

Masa : 8.00pg – 2.00 ptg

Tempat : Kompleks Perkhidmatan Makanan (Food 6)
Jabatan Pengurusan & Khidmat Makanan
Fakulti Sains & Teknologi Makanan
Universiti Putra Malaysia

Yuran : RM180.00

Contact person:

i) Cik Normala Abu Bakar : 012-281 6199 / 03-8947 1152
ii) En. Md Nizam Mahat : 013-308 1875 / 03-8947 1155

10 Resepi yang akan dipelajari:

1. White chocolate bread and butter pudding with vanilla ice cream ; 2. Roasted caramel banana crumble; 3. Italian traditional tiramisu with almond biscotties; 4. Strawberry and vanilla shortbread cake; 5. Classic French chocolate mousse with orange caramel; 6. Baked alaska with dark cherry compote; 7. Hot chocolate drink infused with tea; 8. Black forest ice - cream coupe; 9. Filled pan cakes; dan 10. Oreo cookie triffle.

UNTUK MAKLUMAN... BANYAK LAGI KURSUS-KURSUS PENYEDIAAN PASTRI & BAKERI ANJURAN FAKULTI SAINS & TEKNOLOGI MAKANAN , UPM AKAN DIADAKAN Sepanjang 2010... (I'LL UPDATE THE LIST LATER... hehe.. bnyk keje la nie)

02 December 2009

WaREhoUsE SaLE !!

Warehouse Sale? Hujung tahun mana2 pun nampak iklan pasal warehouse sale.. hehe.. terlampau banyak sampai dh tak teringat apa sale yang ada.. TAPI! dlm banyak2 iklan satu jer yang buat aku terkesima! che2wah!! ini dia...


Lama giler aku nunggu sale nie... dulu (kalau tak silap thn 2005) aku pernah gi sale nie... memang sangat2 berbaloi harganya... murah! takyah susah gi Langkawi.. masa tu aku rembat Vision.. dah lama tak ingat berapa harganya aku beli.. kengkawan opis pun ramai gak melabur duit kat situ lepas tgk apa yang aku beli (hehe... betui tak? jgn buat2 tak ingat lak)..

Hmm... tinggal lagi beberapa hari jer lagi nie.. Nak pergi ke tak? nak pergi ke tak?? Kengkawan.. apa lagik? moh kita ghamai2 menyerang ini sale.. hehe.. Aku g ke tak? insya-Allah...

kebetulan last Sunday gi Jusco Bukit Tinggi.. sekarang kat shoppng complex pun mmg tengah ada sale untuk barang2 nie.. cuma tak tau harga kat warehouse sale nie cemana lak.. jadik pe2 pun kena lah g tgk harga n compare... betui tak? so, nie antara pic yang aku amik kat Jusco sbg panduan untuk compare harga...




-- In tis picture RM499 for 8pc (size: 1, 1.5, 3 ngan 5 liter..)
-- for 4pc (1.5 liter & 700ml = RM199..)

Selamat Bershopping pada yang berhajat! :-)

01 December 2009

7 Days Diet Programme - 1st Round Result

Still remember 'bout tis diet? hehe.. mnggu nie search punye search baru la terjumpa link sebenar pasal info diet nie.. so, ghajin2 kan la diri ke sini (7 days Diet Programme) k...

Sebelum nie aku try buat tis diet (lebih tepat lagik detox programme laa..) sepatutnya 7 hari tapi yang termampu aku buat cuma la 5 hari jer... huhu.. takleh tahan ooo.. hubby pun buat 2 hari jer! ahaks.. Alhamdulillah berkesan jugak walaupun aku just buat 5 hari jer.. Pogress aku?

Berat Sebelum 1st round detox (09.11.2009)
: 85.2kg
Berat selepas 5 dys detox (16.11.2009): 82.2kg
** okay lah kan.. leh gak la turun 3 kg..

selepas raya haji (30.11.2009) berat aku naik hampir 1 kg.. nie gara2 makan banyak daging nie..pandai jer!! sebenarnya banyak minum air manis!! so, bermula 30.11.2009 aku lancarkan gerakan detox untuk 2nd round pulak... wakakaka.. hubby join mulanya! tapi malam tadi jam 10.45 mlm secara rasminya hubby tarikk diri sebab tak tahan dengan godaan spageti yang mmg sengaja dibeli ptg tu!! hehe... jgn mara ...

Berat Sebelum 1st round detox (30.11.2009) : 83.2kg
Berat slps 2nd round detox ???

...kengkawan.. Doakan aku... tgu next monday k..
Blog Widget by LinkWithin

My Weight Lose Journey Since 01.11.2009

Created by MyFitnessPal - Nutrition Facts For Foods

SNTN Progress...

Created by MyFitnessPal - Free Calorie Counter