Time is like a river.. we can't touch the same water twice because the flow that has passed will never pass again... So, enjoy every moment of our LIFE...


Followers

Berpindah ke Blog Baru Since Januari 2011 (Just Click @ Picture)

Berpindah ke Blog Baru Since Januari 2011 (Just Click @ Picture)
Ayah..Mama..Aliyah..Aina..Aisya..
Showing posts with label desert. Show all posts
Showing posts with label desert. Show all posts

27 May 2010

Puding Triffle lagi..

kelmarin gi Kedai kek King's.. tgk ada promosi.. nampak lak swiss roll yang pelbagai rasa tu.. hmm.. terus terbayang2 puding trifle.. apa lagik sambar la swiss roll perisa coklat.. kebetulan lak hubby baru balik dr genting, leh la makan ramai2..

kali nie aku wat guna resepi yang ini.. (aku cnp dr blog ummi gak)


Puding Trifle
Sumber: Kak Maizana



Bahan

Swiss roll (apa2 perasa)
1 tin fruit cocktail - aku guna brand Hozen
Kristal Jelly NONA - aku guna cap JELE (dah tu jer yg ada.. NONA nya dh abiss..)
1tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula pasir (Aku buh 1 senduk)
4 sudu besar tepung kastad - sukatan membukit (kalau suka kastard tu keras buh ler lebih.. aku suka lembik2 so ikut sukatan nie)
Yogurt atau whipping cream - - tak wat pun yang nie..

Cara membuatnya:

Lapisan 1
Potong Swiss roll anggaran 1.5cm tebal, susunkan dalam acuan (bekas pyrex baru nampak lapisan nanti). Tuangkan air fruit coktail keatas swiss roll hingga lembab, ketepikan dulu dan bolehlah masak kastad dengan susu cair.

Lapisan 2
1 tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula dimasak atas api (sambil tu bancuhkan 4 sudu tepung kastad dengan 1/2 tin air). Bila susu mendidih, kecilkan sedikit api kemudian masukkan bancuhan tepung kastad, kacau hingga menjadi likat. Tuang diatas lapisan 1 tadi.

Lapisan 3
Buahan koktail tadi ditabur atas lapisan 2 (kastad). Ketepikan sekejap.

Lapisan 4
Masak air panas mengikut sukatan pada kotak jelly, hingga mendidih. Masukkan hkan jelly tersebut dalam air panas, tunggu sejuk sedikit tapi masih dalam keadaan cair baru tuang keatas lapisan 3 (buah buahan).

Lapisan 5 -- tak buat pun..
Bila jelly dah beku sapukan yogurt ataupun whipping cream keatasnya, kalau nak cantik lagi taburkan dengan buah strawberry keatasnya......haniss tabur dengan badam panggang

Nota:

-Untuk adunan diatas sesuai dan muat dalam bekas/acuan saiz 7/8 x 10".
-whipping cream dipukul hingga gebu dan sapu keatas lapisan jelly tadi (Untuk memudahkan lagi kerja sapuan tu haniss masukkan whipping cream dlm pipping bag dan pipe keatas lapisan jelly tadi,.........pipe guna nozzle star pun cantik juga




Rasa lucu gak tgk warna fancy ijau2 gitu! tapi dh tu jer bahan2 yang ada kat umah... kita wat ajer la kan.. janji sedap.. jemput makan yer.. sedap sgt makan time sejuk2... dengan kombinasi swiss roll coklat, kastard n jele perisa kiwi.. pergh..

17 December 2009

Puding Triffle

Puding lagik? takder menu lain ker selly oii.. nyeh..nyeh..nyehh.. nak buat camneer.. kan dh kata aku tgh giler memuding la nie.. nak pulak peminatnya ramai kat umah nie.. Puding triffle nie amik resepi kat Dapur Ummi gak. nampak sedap so, gatai ler nak mengetest.. bahan2 suma kebetulan mmg ada kat umah kecuali swiss roll/kek sponge.. hubby request perasa pandan n oren. Tapi yang nie aku buat dgn swiss roll perasa oren n buah nya pic.

See the layer (swiss roll oren, kastard n jelly with pic)? tak berapa jelas kan sebab semua nya colour kuning oren. hehe..



Puding ni buat sehari seblm hubby g outstation ke Sg Petani aritu.. sian lak dah request tapi tak smpat makan kan.. so, balik keje hubby n anak2 enjoy d puding.. yummy..yummy..



T aku nak buat ngan buah koktel n keknya coklat lak... baru la nampak layer dia n colour2 sikit.. tgk tu aina sufiyah! laju jer kalau bab2 mamam nie.. sekejap je dh berketul2 dimakannya.. cuma dia tak berapa gemar ngan buah pic.

12 December 2009

Apple Pie Goreng..

Aliya n aina mmg suka sgt makan apple pie McD tu.. tapi nk beli selalu pun masak gak la kan.. bila search2 kat tenet jumpa la resepi apple pie version goreng... harus ngetest!! kebetulan kat umah ada 2 biji apple balance detox aritu so balik keje terus jer menguli n masak apple filling..



Okey la cuma sbb aku guna apple merah so agak manis inti dia tu... takper, next time wat lagik bagi improve sikit.. aliya aina suka sgt.. hubby takder (outstation) so, dia lum rasa lagik..

04 December 2009

Projek Memuding @ Dapur Camelia

Lately nie aku gile memuding (ada ker ayat nie dlm kamus dewan ha???) taram jer la ea.. kalau bab2 main course nie sorry naik lorry.. lum ada keinginan lagik.. lagipun seronot bila memuding nie, anak2 n hubby enjoy makan.. sekjap jer licin! nak buat pun senang kan.. kalau main course nie bila dh buat orang kurang makan hati pun jd tk seronot.. huhu.. (alasan jer sebenarnya untuk orng malassssssss mcm aku nie..hehe)

start dari buat Puding laici Dangdut ngan Puding Roti. pastu Puding Koktel Berkuah. hehe.. Ari tu buat Puding Mangga.. yang tu beli yang serbuk puding mangga jer.. bubuh la nata de coco.. tapi baguihnya jimat. dapat bnyk. aliya n aina ni kan suka beli puding mangga yang jual kat pasaraya nun.. mahai. aisya pun dh join d group!!


Mggu sblm raya haji tu buat lak Peach Mirror Puding . Amik resepi dari dapur Ummi gak.. Ummi , saya CP jer la ea resepi tu kat sini...



Peach Mirror Puding

Bahan:- (terpulang kepada bekas dessert masing2)
Lapisan Bawah:
300 ml air
150 jus peach
450 ml susu segar
150 gm gula
30 gm instant jelly (aku guna yang perasa peach)
40 gm tepung kastad
1/2 sudu teh rata garam
2 biji kuning telor
sedikit esen vanila

Lapisan Atas:-
650 air + lebihan jus peach (jika ada)
60 gm gula pasir (kalau ada lebihan jus peach tadi, bolehlah kurangkan gula kepada 30 gm)
25 gm instant jelly
sedikit esen peach (*aku pun xda ni)
2 titik pewarna lemon yellow (aku tak letak sebab dh pakai instant jelly peach)

Hiasan:-
Buah peach - dipotong memanjang dan nipis

Cara-Cara:-

Untuk lapisan bawah:-
1. Dalam periuk, satukan semua bahan bawah, kacau sebati baru dijerangkan atas api sederhana perlahan. Ini untuk mengelakkan adunan jadi berbintil-bintil.
2. Sentiasa kacau adunan, masak sehingga agak pekat. (lebihkurang 8-10 minit). Tuangkan ke dalam acuan dessert. (*akak basahkan dulu acuan sebelum dituang adunan).
3. Biar dessert sejuk/keras, bolehlah aturkan buah peach yang dihiris tadi.

Untuk lapisan atas:-
1. Satukan juga semua bahan, masak sehingga mendidih.
2. Tuangkan ke dalam mangkuk dessert tadi perlahan-lahan. (Kena tuang perlahan kerana dessert agak lembut, takut nanti lapisan bawah pecah dan berselerak)
3. Bila dah sejuk, masukkan ke dalam fridge. Enak dimakan sejuk.


Masa Hari Raya Haji buat untuk 2nd time.. bwk g umah Rosmaliza n balik kg.. masa nie sebab serbuk jelly dh abis aku pakai serbuk agar2.. hasilnya ok tapi aku n family suka lagik kalau buat dgn instant jelly... lembut jer cam dadih.. slurrppppp terus dlm tekak nie.. nyum2..

26 October 2009

Puding Laici & Puding Roti Berlapis Koktel

Kak Zura lately asik cakap teringin nak makan Puding roti.. katanya Prof Zita buat sedap sgt.. apa rasanya? aku tak pernah la makan puding roti.. huhu.. bila kak zura asik ulang n ulang kata sedap..sedap.. aku pun jadik ler teringin.. aku lak sekarang nie pun wajib masuk ke umah Ummi (Ari tu June yang bagi link nie).. suka sgt gi umah Ummi coz nak nengok resepi.. hehe.. kagum coz Ummi nie kerja.. tapi still gigih sediakan menu untuk family! huhu.. bila la aku nak jadik cenggitu ea?? (insya-Allah)..

Jumaat lst week g Giant.. beli barang untuk buat puding roti ler .. apa lagik.. (nak memenuhi impian kak zura la kononnya.. hah kak zura, touching tak??? hehehe).. beli gak la serbuk agar2.. duk tengok ummi nya puding laici dangdut mcm menarik. ish..ish..

balik keje tu pas amik aisya terus jer memproses Puding Laici Dangdut spesel dr umah kak ummi. dpt bnyak gak la.. sedapnya makan sejuk2.. puding nie lembut jer macam taufufa.. so, kalau guna mangkuk besar tu, jz senduk2 ngan sudu.. besh2x...



tengahari sabtu lepas dh siap2 kemas umah baru la aku start buat Puding Roti Berlapis Koktel. Niat asal mmg untuk kak zura la kan.. tp leh la gak bwk sikit gi umah mama.. ada makan2 smpena besday adik ipar aku (nas).. aliya kata nak buat surprise ler konon..




Aliya dh start baham...


Hubby suka.. dia kata sedap..tapi aku tau dia sebenarnya suka sebb aku dh rasmikan oven yang dia belikan masa puasa aritu! hahaha..
Blog Widget by LinkWithin

My Weight Lose Journey Since 01.11.2009

Created by MyFitnessPal - Nutrition Facts For Foods

SNTN Progress...

Created by MyFitnessPal - Free Calorie Counter