Ingatkan nak buat sambal sardin jer.. tgk2 takder stok sardin kat umah... udahnya aku buat ler kari ayam.. Jemput makan k.. so, aku paste kat sini the recipe k..
ROTI PARATHA KENTANG
Bahan:-
1 1/2 cawan tepung
3/4 cawan air
1 sudu teh garam
1 biji kentang (russet potato direbus dan dilenyek)
segenggam daun ketumbar - dicincang halus (aku tak letak)
1 sudu teh jintan - (pun aku tak letak)
1 sudu teh serbuk ketumbar (coriander powder)
garam dan lada hitam secukup rasa
Minyak zaitun
Cara-Cara:-
1. Masukkan tepung, garam, dan satu sudu besar minyak zaitun ke dalam mangkuk.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh lembut dan boleh diuli. Uli sekejap dan bahagikan kepada 6 ketul.
3. Didalam bekas lain, campurkan kentang lenyek, daun ketumbar, jintan, serbuk ketumbar, garam, dan lada hitam. Kacau sebati dan bahagikan kepada 6 bahagian.
4. Canai dough dan bungkuskan inti kentang dan balut macam pau.
5. Ketepikan dough selama lebih kurang 5 minit.
6. Panaskan kuali leper dan masukkan 1 sudu teh minyak zaitun.
7. Canaikan dough tadi ikut ketebalan yang disukai dan gorengkan setelah minyak panas. Goreng setiap belah sehingga garing.
**Masukkan satu sudu kecil minyak zaitun setiap kali menggoreng roti baru.