Time is like a river.. we can't touch the same water twice because the flow that has passed will never pass again... So, enjoy every moment of our LIFE...


Followers

Berpindah ke Blog Baru Since Januari 2011 (Just Click @ Picture)

Berpindah ke Blog Baru Since Januari 2011 (Just Click @ Picture)
Ayah..Mama..Aliyah..Aina..Aisya..

20 July 2009

Vaksin PCV7

Apa tu vaksin PCV7? vaksin nie untuk mencegah penyakit Pneumokokal...


Fakta:

Pneumokokal Senario:

Berlaku disebabkan jangkitan kuman pneumokokus atau streptokokus pada organ di dalam tubuh. Sekiranya jangkitan berlaku pada bahagian atas salur pernafasan yang menyebabkan bakteremia (jangkitan kuman dalam darah), sepsis (keracunan dalam darah), meningitis (jangkitan bakteria dalam membran tulang belakang atau otak) dan pneumonia.

Jika kuman streptokokus merebak dari dalam hidung ke bahagian atas saluran pernafasan, ia menyebabkan pneumonia (radang paru-paru), otitis media akut (radang pada bahagian tengah telinga) dan sinusitis (radang dalam hidung). Jika ia tidak dirawat atau gagal dirawat, penyakit pneumokokal boleh menyebabkan hilang pendengaran, kesukaran belajar, lambat bertutur, lumpuh dan kadangkala maut.


Cara mengesan:


Agak sukar kerana gejalanya seperti demam, berasa seram sejuk dan batuk berbeza mengikut jenis penyakit dan tidak khusus. Lazimnya pengesahan dibuat menerusi ujian rapi seperti x-ray atau ujian makmal.


Gejala (Pelbagai mengikut penyakit):


Bacteremia – gejala demam panas yang tinggi dengan petanda tidak khusus.
Meningitis – demam, sakit kepala yang teruk, loya, muntah, leher yang tegang dan fobia foto (mengelakkan cahaya akibat rasa sakit) di kalangan kanak-kanak lebih dewasa, manakala bayi menunjukkan demam dan tanda tidak khusus yang kerap.
Pneumonia – sawan secara tiba-tiba, sejuk, batuk, deman dan sesak nafas.
Otitis media akut – sakit telinga dan demam.
Sinusitis – demam, selesema dan batuk.


So, Ari sabtu aku bawak Aisya gi Klinik Pakar An-Nur untuk amik vaksin PCV7 nie..Macam biasa aku akan g awal coz taknak tgu lama2.. Dr Siti Arbaiyah nie ramai sgt patient.. Kul 9 aku dh sampi..g berdua jer ngan aisya.. hubby ada kelas Bakti Siswa tengahari, so dia duk kat umah ngan aliya n aina.. Kali nie Aisya kena amik vaksin PCV7 (siri ke-2). siri 1 dh amik masa umur 5 bulan. so last injection kena amik nanti masa umur dia 1 tahun 7 bulan. dulu2 masa aliya n aina tkde la pulak amik vaksin nie..


Doc cakap Aisya kuat coz tak menangis.. sebek2 jer... huhu cian bb mama kena cucuk..
Alhamdulillah kul 10 dah settle semua urusan kat sini.. Aisya dlm kete otw balik umah... lapar dah la tu..



Balik umah bagi makan terus jer aktif main.. hehe..



tapi malamnya suhu bdn aisya naik.. merengek jer.. kul 3.30pg bg mkn ubat demam, baru ler lena..

2 comments:

Ceni said...

Commey nyer si Echa ini... mata bulat skan nooo...

Mokcik nak tanya, kalu bb dah setahun bleh ke amek injection ni?. M

Selly Buke said...

kak Ceni,

mata si echa nie memang la bulat.. org kata mata teerrrang.. biar senang baca ABC.. hihi

yang pasal vaksin nie lak (merujuk artikel):
" Vaksin PCV7 selamat diberikan kepada bayi baru lahir sehingga berusia 24 bulan."

Blog Widget by LinkWithin

My Weight Lose Journey Since 01.11.2009

Created by MyFitnessPal - Nutrition Facts For Foods

SNTN Progress...

Created by MyFitnessPal - Free Calorie Counter