Time is like a river.. we can't touch the same water twice because the flow that has passed will never pass again... So, enjoy every moment of our LIFE...


Followers

Berpindah ke Blog Baru Since Januari 2011 (Just Click @ Picture)

Berpindah ke Blog Baru Since Januari 2011 (Just Click @ Picture)
Ayah..Mama..Aliyah..Aina..Aisya..

19 June 2008

Tiara Beach Resort, Port Dickson

10 - 12hb Jun 2008

Aku apply cuti for 3 days. ikut hubby kursus `Team Building' kat Tiara Beach Resort.
Ambik kesempatan bawak anak2 berjalan.. sian kan tak ke mana masa school holiday.

Pagi 10hb tu aku bawak anak2 pi buat pasport dulu kat Pejabat Imegresen di Plaza Metro Kajang. since sekarang bukan cuti sekolah so, tak ramai orang. Sampai sana dalam kul 8.30 pagi then pasport collect kul 10.30 pagi.. kira ok la kan.. Aina n Aliya excited bila pegawai imegresen tu suruh cop jari..hehe.. lawak2..

Settle semua, balik umah amik barang terus la bertolak ke PD.. yahoo..!!!!!!! Aliya n Aina la orang yg paling excited. TAPI dalam kete pengsan , sebabnya dah bangun awal pagi tadi! hehe..

Sampai2 sana, budak berdua ie terus celik! Segar bugar!! mata terjojol jer nengok kolam air yang seluas mata memandang kat sana..



"Mama, nak mandi kolam.."
"Jap le, kan baru sampai! tolong mama ngan ayah angkat barang dulu.."
Kat bilik... "Mama, cepat la tukar baju nak berenang"
"Ye..ye... mama tau.." Oppss!!!... "Abang, mana beg baju diaorang??" huhu... tidak..!! Pertama kali dalam hidup!! Beg baju anakku tertinggal!!!




"Macam mana nie sayang? kena la patah balik amik."
"Hmmm, tak yah la B.. ulang alik nanti minyak n tol jer dah berapa.Minyak dah naik nie..."
"Habis tu?" hubby tanya lagik... aduh...
"Apa lagik.. shopping ler baju baru.. beli yang murah asalkan ada baju"..
kesian anak-anak ku..

Petang tu habis lah gak RM60 beli baju untuk diaorang. semua nya cop PD.. hehe... beli sorang 3 pasang jer... untuk mandi, tido n pakai harian. huhu... ini lah Aksi anak2 ku di Tiara Beach Resort... Istimewa dengan 3 pasang baju sahaja... Ahaks..









Lepak2 makan ice cream lepas dah penat bermandi manda.... Hmm..Nyaman!!



Float nie sewa RM5 jer satu..kira orait ler..





Kat sana memang best untuk family bercuti.. best sangat!! Tapi hitam gak le aku dibuatnya. kena buli ngan budak dua orang tu.. mana taknya, mandi kolam sampai kul 12tengahari!! huhu..

Tapi, masa last day tu aku terkejut gak sebab ternampak pekerja resort tu tengah keluarkan lipan dari kolam.. dah la dekat ngan tempat aku mandi..huhu..geli n takut!!
aku rasa lipan bara kot. warna oren, panjang dia dalam 9 inci.. ngeri tul la!!

No comments:

Blog Widget by LinkWithin

My Weight Lose Journey Since 01.11.2009

Created by MyFitnessPal - Nutrition Facts For Foods

SNTN Progress...

Created by MyFitnessPal - Free Calorie Counter