Tiba2 ari nie aku rasa nak cite pasal breastfeed nie..
walaupun aku dah ada 3 orang puteri.. tapi aku masih baru dalam hal2 bf nie.. Masa Aliya ngan Aina, dalam 2 bulan (masa pantang) jer aku bf kan diaorang... huhu... kenapa?
1. Aku yang dungu...
2. Aku yang tak pandai..
3. Aku yang tak belajar...
huhu... semuanya salah aku!! bukan salah anak2ku.. bukan salah diaorang suka menangis tak sabar, bukan anakku tak pandai bf..TAPI aku yang tak pandai bagi.. aku yang tak serius berusaha... aku yang takder keinginan berusaha..Aku yang senang mengalah masa tu.. cepat aje aku putus asa dan bagi susu formula..
Bila sampai masa Aisya, aku berkeinginan.... kebetulan satu hari Kak Hana tumpang kereta aku.. bercerita pasal anak2 hinggalah topik bf. Kak Hana bg pinjam buku dia.. Ditambah pulak tengok Kak Ceni pun sibuk mengepam susu di opis.. aku makin dihimpit rasa keinginan tu.. Awal2 aku persiapkan diri dgn ilmu berkaitan bf.. aku invest membeli pam susu.. Takut gak kalau2 tak terpakai.. tapi alhamdulillah setakat 3 bulan nie dia telah berjasa besar pada aku dan Aisya..
pada peringkat awal susu tak banyak.. Nak pulak kat hospital depa dah bagi susu formula kat Aisya.. alasannya bb besar (4.06kg).. ntahlah..wallahua'lam. aku mmg tak beli susu formula untuk Aisya.. sampai umah bb tak leh tido.. asik merengek.. terpaksa la beli susu gak.. dia dah terbiasa minum susu tu kat hospital gamaknya...TAPI dari sehari ke sehari aku kurangkan penyusuan susu formula pd Aisya.. aku bf on demand..
Masa pantang aku beli buku `Panduan Penyusuan Ibu' dari susuibu.com. Nak belajar camner nak kumpul bekalan susu seblm masuk keje.. Hubby pun bagi sokongan sepenuhnya.. Alhamdulillah sekarang aku berjaya bf kan dia tanpa susu formula lagik. kalau dulu pam sehari dpt 8oz jer.. sekarang lepas hubby belikan susu Alpha Lipid bertambah banyak.. 1 hari aku akan dapat 14oz.. Alhamdulillah..
bila aku rasa risau stok susu tak cukup aku cepat2 dptkan semangat balik dari kak Hana.. thnks sis..
** pernah 1 hari masa pantang aku menangis... aku mintak maaf pada Aliya ngan Aina sebab tak susukan diaorang masa kecik.... sedih sgt hati aku!! sampai sekarang dan sampai bila2 aku akan terus dihimpit rasa bersalah nie atas kebodohan aku sendiri... Maafkan mama sayang...